20130615

Random

Bismillah,

salam alaika/ki,

islamic-art-and-quotes:

And whosoever fears Allah… (Quran 65:2-3)

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ


And whosoever fears Allah, Allah will create for him a way out. And will provide for him from where he didn’t expect.

 i love this ayat so much.

Sekali lagi, masih lagi terasa kekok hendak menulis. yet  i"m still thinking either i should update or not hmm. And now, aku dah start menulis.

How's your life and iman,readers? *cough* First of all,kepada semua orang yang mendoakan keputusan aku untuk final sem dua aku hari tu,aku rasa sangat sangat bersyukur dan berterima kasih. I'm really appreciate it. Dengan doa kalian semua,keputusan aku sangat membanggakan,baik diri aku mahupun ahli keluarga aku. Senang cerita melebihi target dan jauh meninggalkan pointer aku pada sem pertama hari tu. terima kasih ye! Nothing i can do just pray for your kindness. *smile*

Dan dengan tertaipnya entry ni,membawa maksud aku bakal menyambung kembali pengajian aku lusa, dan itu bermaksud blog ni kemungkinan akan terabai lagi. Bukan taknak menulis,tapi banyak sangat kekangan, tapi macam lah ramai sangat yang kisah kan? hmmm *nangis*

Khas buat ayah tercinta,

Adik dapat pinter 3+++ ayah,adik rasa sangat sangat gembira. Adik macam tak percaya yang adik pun sebenarnya boleh jugak dapat pointer macam ni,rasa macam bermimpi yah dapat pointer ni,subjek subjek sem dua hari tu dah lah semua nya tough tough,tapi who knows kan ayah,kerja Dia *smile* 

Ayah,pointer ni khas buat ayah sebagai hadiah daripada adik,adik tahu dah lama ayah nak tengok keputusan adik yang macam ni,tapi sebelum ni adik masih tak sedar lagi sehingga lah ke sampai ke final hari tu adik sedar. Walaupun masa tu,adik ada masalah hati dan perasaan,adik tetap lawan dan akhirnya,i'm prove it ayah. akhirnya,adik dapat beat angah,yah.

Jumaat semalam hari tu adik pergi lawat ayah,rumah ayah dah cantik dah,mama dah dirikan kepuk dah untuk ayah,harap ayah suka sangat. adik bagi salam hari tu ayah dengar tak,adik cerita semua pasal yang kat atas tu,ayah dengar tak? adik tahu ayah mesti tahu dan dengar jugak kan? *senyum*

Ayah,tilawah Al-quran baru je tamat semalam,dan adik teringat kat ayah bila tengok tilawah tu,tahun ni adik hanya dapat tengok dengan mama je,tanpa ayah di sisi. hmmm

Ayah,selamat hari bapa ayah. meskipun adik tak dapat ucap depan ayah,tapi adik tahu ayah dengar adik ucapkan ni kan,sedihnya tak sangka adik takde lagi peluang nak ucapkan depan depan dengan ayah. adik rindu ayah sangat-sangat. 

Ayah,kadang kadang adik rasa macam mimpi adik dah kehilangan ayah. Semoga ayah tenang di sana ya. Adik akan jengok ayah lagi nanti bila adik balik rumah nanti. Tuhan je yang tahu betapa adik sangat sangat merindui ayah. Rasa sangat sangat sedih bila terpaksa meneruskan kehidupan tanpa ayah. 

Adik bangga lahir daripada diri ayah dan mama. terima kasih Allah,terima kasih ayah mama.

Ya Allah,Kau ampunkanlah dosa dosa arwah ayah ku,Kau tempat kan lah beliau dalam kalangan orang yang beriman,jauhkan lah dirinya daripada menjadi caci makin dan bahan umpatan orang yang masih hidup,sesungguhnya aku amat mengasihinya, sesungguhnya Engkau Maha mendengar lagi Maha Mengasihani. Amin Ya Rabbal'alamin. 

- hamba  Nya yang hina dan anak yang kesepian -


9 comments:

Anonymous said...

allahumma amin. mogaa ayah muh tenang kat sana. moga mendapat rahmat Dia.

(=

keep moving foward !mabruk alayk.

Anonymous said...

amiinnnn....... sejukk perut ayah.. peace.... :)

nhdaughter said...

aku-bukan-robot | amin,terima kasih! inshaAllah :'

nhdaughter said...

anon | awak ni anon yang sama jugak ke?

inshaAllah,moga-moga,tq :'

Anonymous said...

anon yg sama.. peace.. miza doakan juga ye saya.. supaya selamat didunia n akhirat.. n azab kubur.. :)

nhdaughter said...

anon | suka sangat dengan nama anon ye?

inshaAllah,amin,saling mendoakan,win win ok (:

Anonymous said...

win win

abdullah said...

Nape aku tetiba nangis ni..., sebaknye bace post ni. t.q miza. suka blog kamu. :)

nhdaughter said...

abdullah | tq untuk apa? terima kasih :')