20130708

Rindu

Bismillah,

Salam,

Sekarang pukul 1:36 pagi, orang lain dah tidur, aku baru siap buat esaimen. Sedih gembira penat semua ada. Tapi apa boleh buat, ini tanggungjawab aku. Tak baik mengeluh kan?

Sebenarnya, tetiba aku rasa rindu. Tapi, aku tak dapat nak describe feeling rindu aku ni kat siapa. Rasa macam ramai, perasaan ni macam terbahagi terpecah kepada ramai orang. Serius, aku rindu.

Dan sebenarnya jugak kan, aku ada satu kemusykilan kat sorang hamba Allah ni, dulu kitorang kawan, ok je. Selalu je contact. Then, tak tahu macam mana boleh diam senyap macam tu je. Masa silih berganti, akhirnya baru aku perasan yang kitorang dah jauh, then bila aku bagi mesej dia dah tak balas dan dia juga tak jawab soalan aku. Jadi, apa yang memusykilkan aku, kenapa dia jadi macam tu? Dan macam mana pulak hubungan persahabatan tu boleh jadi macam tu? Dia taknak aku kawan dia lagi ke macam mana? Senang cerita, berbagai-bagai tanda tanya lah ada kat kepala otak aku ni.

Salah satu rindu aku kat dia lah. Salah satunya. Tapi aku tak tahu lah dia akan baca ke tak. Mungkin takkan baca kot.

Well, hidup pun mesti diteruskan. Besok dah hari selasa, lusa dah menyambut ramadhan. Kat sini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua follower aku khususnya dan tidak ketinggalan kepada kamu yang sedang membaca. Semoga bulan ramadhan ini bakal menjadikan diri kita lebih bertakwa dan beriman kepada Nya, amin.



Selamat pagi semua, Assalamualaikum. 

Klik here  untuk ke tumblr aku. 
Keep calm and enjoy it, Love. 

4 comments:

dyraNajib said...

Keep bold n strong.

Päk Läng said...

salam ramadhan

Anonymous said...

hahahaha!!! saya bacelah.. rindu awk jugak miza oii!!! sory lame menghilang diri.. if you remember someone....

miza kimbum said...

anon : lamanye menghilang,kikiki