20120607

: Ujian

Adi seorang yang workholic dan sudah pasti nya kehidupannya sehari-hari hanya berkisar-blender kan dengan rumah-pejabat-rumah-pejabat . so-sial life nya telah lenyap dimakan kertas kerja,pembentangan,tapak projek dan tapak kaki,eh?


sehingga kan waktu untuk menelefon ahli keluarga ter-chinta juga turut achi redah jugak lah. apabila bonda menelefon,pasti jawapan yang sama juga diberikan , "Mama,adi sangat buzy sekarang ini , mohon supaya pengertian untuk itu wujud,ok? " begitulah jawapan yang diberikan sehari dua hari tiga hari empat hari lima hari - mohon kira sampai sedaya yang mampu , kih kih kih .


sehingga kan suatu hari-suatu masa-suatu jam-suatu minit-suatu saat-Adi akhirnya menemui jalan pulang ke teratak keluarga ter-chinta , itu pun setelah tisunya habis disebabkan menyumbat telinga yang panas apabila puan mama nya memberi tazkirah panjang kepadanya ,


selepas merehatkan diri dan menye-martkan diri , Adi lantas membuka teknologi lipatnya untuk meng-akses dunia di hujung jari . untuk mengetahui kehidupan Mark setelah berkahwin , untuk mengikuti perkembangan Neelofa di burung biru , dan untuk melihat suara hati rakyat di tapaknya sendiri .


tiba-tiba,puan mama nya bersuara , " Adi tahu bulan Islam apa sekarang ni ? " suara lunak merdu-ber-krim bondanya menyoal . arghh sudah , adi mulai merasakan peluh-peluhnya mercik ke seluruh figuranya , umphhh umphh umphh bulan rejab kot , mungkin . umphh betul kan , betul kan ? dengan tergagap dan gigih dia cuba menjawab soalan killer tu , kalah kertas add-math spm dulu , monolog adi .


alhamdulillah , nampaknya kamu masih lagi sempurna akal dan masih waras , jadinya , kamu lulus ujian mama tadi , sambil bergelak ketawa , bondanya menahan air mata daripada mengalir .


dan adi , dengan muka asam-jeruk-cuka dengan menjuih kan bibir nya bak bibir-itik berlagak macho dan comel apabila bondanya berjaya membahannya , arghhh tension , selepas ni aku kena berhati-hati , mengambil langkah-debunga supaya mama tak lagi membahan aku , sesal adi .

motif ? kalau tak dapat,mohon baca duaempatbelaskali,setuju ? 

24 comments:

Iron Lady said...

Best la baca cerita awak ni (:

nhdaughter said...

uhuk uhuk uhuk ....*blushing 2saat*



thanks XD

ridoma said...

aduhai adi..

nhdaughter said...

@ ridoma | aduhai >_<

Fienazzuki said...

saya datang follow sini

Anonymous said...

hehee
buat la lagi byk2 cerita
best bce malam2
dapt ilang ase bosn :D

nhdaughter said...

@ Fienazzuki | thanks (:

nhdaughter said...

@ farah hanim | insyaAllah,XD thanks sudi baca ^^

محمد أمين بن أريس said...

lama tak lepak sini...sape adi???

nhdaughter said...

@ amin | kawan imaginasi,mungkin ?

Unknown said...

aduh...

bobok said...

nanti kejap,saya ulang sekali
lagi.haha

nhdaughter said...

@ QUEENPINK | apa yg aduh ?

nhdaughter said...

@ bobok | jgn terlalu berani utk mengulanginya lagi, XD

Fariz Reza [FR] said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 1064 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

nhdaughter said...

@ Fariz | walaikumussalam,terima kasih ye,insyaAllah,pasti sy akan tinggalkan... salam perkenalan juga (:

encik kuri said...

bulan rejab...betul kan2...he2 btul la bln rejab.

like2

nhdaughter said...

@ encik kuri | yup,tepuk untuk diri sendiri ya XD

Päk Läng said...

rejab,sya'ban...dah habis ganti puasa? heh

nhdaughter said...

@ Pak Lang | heh,ramadhan bakal menjelma,ya XD

Bidadari Syurga said...

ada pengajran dlm cerita ini... thumbs up....

nhdaughter said...

@ Bidadari Syurga | umphh...terima kasih kak ^^

Unknown said...

penat jugak nak fham.. hee..

nhdaughter said...

@ nur azimah | heh,umphhh ^^