20120612

: Rahsia Nya

Kehidupan itu jika mahu dimengertikan penuh makna yang tersurat dan tersirat . jujur saja jika disoal kepada aku , lantas dan pantas aku akan berdiam diri dahulu sebelum berkata . mengambil masa sejenak untuk berfikir apa itu kehidupan dalam erti kamus hidup aku .


Jujur aku juga figura seperti engkau , dia dan kamu . terkadang keseronokan itu lebih mempengaruhi dan memberi erti besar dalam jiwa remaja ku . pantas , secocoknya aku lupa bahawa ada yang lain yang lebih hebat kuasanya daripada segala macam bagai kuasa dan wayar-wayar kemajuan moden kini .


Terkadang dalam hidup , bukan . Kebiasaannya , kuasa itu akan datang kepada aku , dia dan kamu , ketika kita semua jatuh tersungkur , darah mengalir tanpa henti , mereka di luar sana dalam keadaan mentertawakan kamu , dan juga ketika seolah-olah kita semua benar-benar di bawah tapak kaki mereka yang durjana tadi yang sedang mentertawakan kamu .


Kenapa perkara itu terjadi ? itu memang sifatnya lumrah . sifat semula jadi manusia yang setiap saat , minit dan waktu , arghh . setiap masa dan ketika , sebahagian daripada hamba kuasa itu punya kerja . adakah kamu tahu bahawa , hamba kuasa itu sudah berjanji untuk menyesatkan kita semua dalam waktu celik dan pejam kita ? adakah kamu tahu ?


Jadi nya , kamu rasa jalan yang sedang kamu lalui saat masa dan ketika ini , adalah jalan yang boleh membawa kamu ke sorga Nya ? adakah pasti ? jangan biarkan masa itu terus kan menjalankan kerjanya tanpa sempat kamu mengubah apa-apa , kerana sekali kamu tertinggal , kamu pasti akan ditinggalkan buat selama-lamanya .





21 comments:

AmyZana said...

entri yg sgt bermotivasi...
like always :)

miza kimbum said...

@ AmyZana | alhamdulillah,thanks (:

fierul said...

nice .. :)

miza kimbum said...

@ fierul | thanks (:

Panda Mata Lebam said...

:')

ya, kita perlu sedar dengan segera, dan ikhlaskan diri untuk betulkan diri...

bobok said...

sentiasa beringat

miza kimbum said...

@ Panda Mata Lebam | ya,mari-mari,moga-moga kita ke arah itu :')

miza kimbum said...

@ bobok | ya,tapi malangnya,kita sentiasa terleka :')

Macy Humaira said...

ingin saja aku keluar dari jasad sedang saat tersungkur dan berdarah.

agar aku bisa renung dan tatap diri aku sendiri dan nilai, wajar atau tidak sebenanrnya aku dikasihani.

dan, wajar atau tidak sebenarnya aku melalui semua ini.

Macy Humaira said...

oh. dan terima kasih kerana sudi melewati ruang udara macy :)

miza kimbum said...

@ Macy Humaira | pertamanya,sama-sama (:

kedua , mohon jangan minta begitu kerana sungguh saat itu tidak mampu ditahan sakitnya .

diera_nadiera ulalaaa~ said...

sgt suka entri nih si cantik mnis :)

miza kimbum said...

@ diera | thanks n thanks sudi baca (:

Nurrul said...

Terima kasih kerana mengingatkan...
Allah yang satu.. :)

*aku bersyukur dengan nikmat yg diberi.. :D

Nurulee said...

Hmm. suka entry ni ^^ thanks for shared. hehe

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/my-birthday-on-this-year.html

miza kimbum said...

@ Nurrul | sampaikan lah walau satu ayat , right ? :')

miza kimbum said...

@ Nurulee | sama-sama.thanks sudi baca ^^

Ruzzezanie said...

wowwww, tersiratnya! nice!

miza kimbum said...

@ Ruzzezanie | thanks (:

Rokiah Wandah said...

arghh tak pasti .
aku tak pasti aku btl2 berada atas jalan yg boleh bawa aku ke Jannah .tapi aku kan suka termenung lagi depan komputer riba sambil harapkan syurga jatuh depan mata .

entah syurga apa yang aku tagihkan , entah sampai bila aku biar saja masa dengan kerjanya . umpphhh

miza kimbum said...

@ Rokiah Wandah | umphh,kadang aku juga begitu,membiarkan ia langsung begitu,umphh