saat satu pertiga pagi menjelma , suasana angin pagi yang menderu , meniupkan rasa dingin hingga ke tulang hitam , tiba-tiba satu perasaan aneh muncul di benak , ya , perasaan itu adalah T . A . K . U . T
apa kau rasa bila orang tua mu sudah tidak kuat lagi , dan sering sakit-sakit ? pada aku , pasti pada kamu itu memang normal perkara , ya , memang tidak aku nafikan , tapi , bagi aku , aku belum bisa menerima semua kondisi itu ,
sungguh tiap kali aku rasa perasaan itu , aku cuba menidakkannya , aku cuba menanamkan yang mereka masih lagi tetap kuat dan bertenaga seperti waktu dulu , aku tahu mereka masih tetap utuh seperti dulu melayan semua rengekan dan kemanjaan ku ,
tapi , ternyata aku silap , hati ku mengejek keji pada ku , " kenapa kau masih tetap cuba mahu menafikan perkara itu walhal engkau tahu ia adalah benar ?" arghh hati , kalau lah aku boleh menyah engkau dari kotak monolog ku , pasti aku akan berbuat demikian dengan sepantas kilat ,
sungguh aku belum bersedia untuk menghadapi sesuatu yang di luar batasan akal pikiran ku , sungguh , aku mohon pada Mu Ya Rabb , peliharalah kesihatan mereka kerana anaknya belum kenal erti tabah dan kuat itu sepenuhnya dan sedalam-dalamnya , AMIN .
no , i know i can't for this time being
28 comments:
ayat yang indah. semoga orang tua kamu diberi kesihatan yang baik. InsyaAllah. :)
nauzubillah.mintak jauh dari ujian yang sebegitu. tak sanggup.
cik kiwi's | terima kasih,insyaAllah (:
kaki bola | ya,aku pasti tiada siapa yang sanggup lalu ujian sebegitu rupa ,
sepatutnya ketika usia begini sudah kuat untuk hadapi kemungkinan-kemungkinan. terutama sekali dalam hal ketiadaan orang tua kita.
keadaan dan zaman mengubah kita dengan pantas.
ghost writer | tapi,kekuatan bukan punya aku sekarang,umphh
dan adakala nya,
kita sendiri yg akan lebih awal
pergi dr mereka.itu menjadi lebih ketakutan aku rs.
berdoa panjang usia.
syafiqa karim | mintak dijauhkan lah ,
kadang3 kita harus terima kenyataan itu walau betapa pahitnya kenyataan itu.. =)
reenapple | ya,betul tu reena,akan aku cuba ok :')
kita kena belajar tabah dan menerima :)
nadia farhana | kan ? umphh
Amin. Semoga mereka dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatkan untuk melayan kerenah anak ini :)
nana kamarul | insyaAllah,amin juga,moga-moga :')
kdg2 katkutan tu memberi kekuatan utk melawan ketakutan..beranikan diri utk hadapi ketakutan :)
kedua2 org tua ena pun dah tua dan sering sakit2.. ena memang tak snggup nk tgok semua tu.. sedih, ena kalau boleh nk sntiasa dgn mereka.. tp harapan mereka nak ena berjaya, so ena terpksa berjauhan dengan mereka...
BTW, semoga parents sis sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah...
Dina Darwina | ya,harap begitulah,terima kasih :')
Lady Aina | ya,betul,memang patut tunaikan harapan mereka ,
terima kasih :') insyaAllah,moga-moga,
Sedihnya awak. Lihat orang tua kita demam sedikit pun, hati sudah naik rawan. Bertahan, dan doakan yang terbaik ya? Cuba biar mereka lihat kita menjadi apa yang mereka mahu :') insyaAllah be strong kay
Panda Mata Lebam | sedihnya,sob2x :') terima kasih awak,insyaAllah,akan strong :')
aku pun takut tapi hidup kena teruskan.
penjajah minda | kalaulah takut itu boleh dinyahkan,
jaga diri ya miza :)
p/s ; follow you.
Picoz Shupalula | terima kasih :')
Ya,kdg2 perihal ini menerjah jg di rak2 yg ad d mnda gue.cume gue xla zahir an nye.ye.emg takut.n emg kite kene bljr menerima nye,tp bile keadaan i2 trjdi pd btng hidung sndiri,1word ckp.pahit.pht utk ditelan.jd my twin,jgn pts an brdoa.moge fama dpnjg an umo n dpt lht kite brjaye n smpat kite hntr fama ke tnh suci Makkah.same2 la mohon kpd Nya.Amin.
dyra kembar miza | ya,betul tu angah,amin,mudah-mudahan,adik pun harap macam tu lah :')
kita takut perkara yang sama . :(
Rokiah Wandah | sadisnya,aku harap kita berdua tabah :(
Post a Comment