20120705

Monolog Rasa



Bismillah ,



kau pernah rasa tak atau pun kau ada tak memiliki impian untuk duduk di bangunan yang paling tinggi , paling paling tinggi di muka bumi ini ,
waktu saat dan ketika itu awan berwarna hitam gelap ,
tidak , cahaya neon juga tidak menyala ketika itu ,
tatkala itu , kau cuma ditemani cahaya dari sang bulan sahaja , 
pernah ? 

jujur , aku punya perasaan itu tatkala ini ,
dan memang benar ketika itu mungkin akan banyak perasaan yang muncul secara tiba-tiba , mungkin ,
yang aku tahu , rasa itu ini membuatkan urat saraf ku bekerja secara lebih keras kerana memikirkan segala macam perkara yang aku juga kurang jelas-samar-samar jawapannya ,
mengeluh , umphh ?

*******

dengan angin meniup dingin dan kadang kala beraksi ganas ,
mebuai kan diri ku , satu keluhan kasar dilepaskan ,
akal ku langsung menerawang terhadap satu hakikat itu ,
dan hati juga benar-benar mahukan apa yang akal signal-kan ,

iaitu , kemanusiaan ,
jari ketuk-ketuk kepala ,
jari tunding-tunding hati-jantung ,
langsung menyoal kau kenal apa itu kemanusiaan ?
kenal ?

mengeluh lagi ,
ya , semakin lama semakin ramai manusia yang lupa akan perkataan itu ,
mereka lupa akan kemanusiaan-ke-manusia-aan , 
mereka lupa itu diri mereka ,
malah mereka semakin kejam ,
semakin menjadi seperti kebinatangan-ke-bi-na-tang-an ,
yang lupa akan mawaddah,sakinah,kasih-sayang,
lupa akan semua itu , 
menafikan sekeras-kerasnya ,

dan aku ,
sepertinya manusia yang lemah ,
jari sekali lagi menunding diri ,
langsung seakan mentertawakan diri ,
kerana apa?
kerana tidak mampu untuk membuat apa ,
kosong-zero ,

wal hal Dia itu sudah menjelaskan dalam kalam Nya ,

“Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 237).

dan sekarang , 
aku mahu menyoal kau , 
kau rasa kenapa sifat kemanusiaan-ke-manusia-an itu semakin lenyap dalam diri setiap manusia yang punya akal , 
bukan seperti binatang-ke-binatang-an yang memang tidak dan hingga berakhirnya dunia ini tidak akan Dia hulurkan ,
kau punya jawapan itu ? 

amazing, awesome, beautiful, beauty, best

sila bantu aku lengkapkan puzzle kepada soalan yang aku samar-samar jawapannya , 

33 comments:

penjajah minda said...

manusia makin menghampiri pupus.

miza kimbum said...

penjajah minda | tapi,semakin ke arah itu,semakin buruk perangainya,

Picoz Shupalula. said...

manusia dah jadi binatang. tapi ekceli binatang pun ada sifat kasih sayang. huh. duniaaa.

miza kimbum said...

Picoz Shupalula | kan?sungguh sadis keadaan manusia kini,

Nurulee said...

Manusia sekrg macam2 pangai, yang jahat tu - mmg jahat betul. Hmm T__T

http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/le-complain-day.html

miza kimbum said...

Nurulee | tsk tsk tsk.:')

ghost writer said...

manusia sentiasa akan bertanya tentang apa erti kemanusiaan dan kehidupan. sampai bila-bila. dipersoalkan selama mungkin yang terfikir.

miza kimbum said...

ghost writer | oleh itu,apa patut dilakukan ? @@

Camy Alya said...

manusia sangat suka menyakiti. aku sendiri tak faham -.-

miza kimbum said...

Camy Alya | mohon faham kan aku sekali oii --'



p/s : mana kau pergi wey,baru muncul,tsk tsk -,-

bukanretis said...

manusia semakin lupa tentang wujudnya dosa dan pahala.huhu

miza kimbum said...

bukanretis | semakin semakin dan semakin melupakan ,


p/s : mana akk pergi,baru muncul sekarang -,-

reenapple said...

ah.. aku juga inginkan sebegitu. Aku selalu berbuat sedemikian. Menyorokkan diri sendiri di loteng dan memandang langit gelap yg hnya punya bulan sahaja.

#kadang3 bersednirian itu lagi baik. =D

miza kimbum said...

reenapple | ya,aku setuju,mohon bawa aku ke sana please :')

fierul said...

mungkin pernah mungkin juga tidak .. :)

miza kimbum said...

fierul | mesti mesti mesti,tetiba :P

Panda Mata Lebam said...

hm :) yakinkan saja pada kekuatan ummah. untuk memajukan ummah, perlu memajukan institusi kecil dahulu. individu, keluarga, rakan.
bantuan Allah itu di hujung usaha kita, hambaNya.
ya, ummah kita makin ditimpa penyakit wahn (cintakan dunia takutkan mati)
Kita perlu berusaha-- biar kita mampu jadi seperti cahaya bulan yang menerangi gelap malam. insyaAllah, cekalkan hati, ya. Allah bersama kita ^_^~

ghost writer said...

let it be...

miza kimbum said...

Panda Mata Lebam | ya:') terima kasih,Allah pasti bersama kita,(:

miza kimbum said...

ghost writer | umphhhhh...

Nur Adila Zulkifli said...

comelnye blog! :)

Nur Adila Zulkifli said...

comelnya blog! :)

miza kimbum said...

Nur Adila Zulkifli | alahai,terima kasih kpd pendesign template ini (:

NHS said...

assalam..salam ziarah =)

itu tandanya manusia akhir zaman..
dunia dah semakin tua...
oleh itu,kitaharussentiasa saling ingat-mengingati..
sebarkan bahagia =D

miza kimbum said...

NHS | waalaikumussalam,terima kasih. yup,betul tu ^^

eenie minniey said...

Allah temukan kite dgn org y slh sblm y betol spy kite dpt baiki kesalahan terdahulu .. chill der :)

miza kimbum said...

eenie minniey | eh?salah tempat komen ke? @@

hazanis said...

cute blog nie...^^

miza kimbum said...

hazanis | thanks ^^

Rokiah Wandah said...

mungkin kerana lebih banyak org yang tinggal berbanding manusia .

miza kimbum said...

Rokiah Wandah | ya,bisa juga begitu,

Umaira Jannah said...

terfikir n renung2 kan try this page ape nieh http://Cash4Visits.com/ref.php?refId=294754

hanz said...

pelbagai manusia yg ade kat bumi allah nie.

Letak Link anda disini : Exchange Link.