20130905

Sakit

Bismillah

Tarik nafas hembus nafas tarik nafas hembus nafas

Really, this is really sick. Menyakitkan.

Aku tahu, Allah sering uji aku dengan ujian dan dugaan yang satu ni. Untuk itu, terima kasih Allah. Aku tahu Kau mahu tengok sejauh mana kekuatan dan ketabahan aku, aku tahu tu.

Walaupun dalam masa yang sama Kau juga tahu aku akan rasa sakit peritnya, terseksa, macam-macam rasa. Tapi, Kau juga Maha Mengetahui segala-galanya. Aku redha.

Cuma, aku mohon Kau berilah aku sedikit kekuatan untuk menghadapinya. Kau tahu aku cuma hamba Mu yang lemah lagi hina. Aku berharap ujian yang satu ini akan berakhir malam ini, lalu bila aku bangkit esok aku dapat meneruskan kehidupan aku dengan warna-warni lagi.

Dan selepas ini, aku bermohon Kau kuatkan lah jiwa dan hati aku daripada mudah menerima apa jua bentuk yang boleh menjerumus kepada ujian ini. Sungguh, aku bukan seorang yang kuat untuk hadapinya lagi. Biarlah ini menjadi yang terakhir.

Dengan ini, aku berjanji tidak akan membiarkan diri aku jatuh lagi ke dalam ujian ini. I will fight for it. Berilah aku kekuatan Ya Allah.

I'm just hate this feeling. Tapi, terima kasih mata kerana tidak menitiskan walau satu titik pun air mata. Bertabahlah.

After all, thanks Ya Rabb.

 "After all, promises are meant to be broken"- hlovate  

5 comments:

Anonymous said...

Esok main water kaler.. barulh warna warni hidup.. :) peace..

Judh said...

good Miza, Allah knows you can so even Allah believe in you, why you dont trust yourself right?

sini, kakak ada. :)

*hugs

nhdaughter said...

anon | good idea jugak tu,tq

nhdaughter said...

rokiah wandah | aaaa,toucehd *hug balik* :')

Anonymous said...

Anon: miza n anis... ehem2.. hug2 ye... wahhhhh!! Sooo adorable!! Kikiki..