20130730

Kecewa

Bismillah,


Entry in hanya sekadar picisan hati ku yang sedang kecewa sangat kecewa dan tersangat-sangat kecewa.

Aku diwajibkan ambil semesta pendek. Mula-mula aku rasa sedih sangat, sebab semesta pendek ni telah memisahkan waktu-waktu aku bersama dengan mama. Kesian mama terpaksa bersendirian setelah pemergian ayah. Tapi,apakan daya tuntutan ilmu itu lebih berat dan menjadi tanggungjawab aku untuk menggalasnya.

Namun, aku juga tidak menyangka bahawa ujian yang Dia siap-siapkan untuk aku semasa semesta pendek ni juga berat. Sungguh, aku tak pernah menduga yang Dia akan bagi ujian yang hebat dan berat untuk diri aku.

Aku tak pernah menyangka akan satu bilik dengan kawan-kawan aku yang ni, pesen perangai yang aku dah tahu macam mana yang membuatkan aku tak selesa untuk hidup bersama mereka walaupun dalam tempoh masa yang pendek. Tapi,apakan daya, Dia sebaik-baik perancang. Ditakdirkan, aku satu bilik dengan mereka.

Hari-hari aku bersama dengan mereka,hanya Dia saja yang tahu. Walaupun aku gembira, namun kecewa itu lebih banyak aku rasai dan lebih memedihkan hati. Aku sangka yang aku boleh hadapinya,namun tak. Aku menangis. Aku menyoal pada Dia,kenapa ujian ni yang aku patut terima,kenapa? Dan kepada sahabat ku juga aku luahkan.

Tenang sementara, tapi tidak hari kemudiannya. Makin hari makin teruk dan parah. Sehingga aku rasa mahu saja menjerit melepaskan semua tekanan yang aku rasai, berat sangat berat aku rasakan. Tak tertanggung rasanya. Berbagai-bagai soalan menerjah masuk minda ku.

Kenapa mereka melakukan hal demikian? Tidakkah mereka mempunyai sedikit pun sifat malu? mungkin tidak pada ku,tapi bagaimana dengan Dia? Tidakkan mereka berasa takut dengan azabNya? serius, sampai satu tahap aku rasa macam down sangat. Sangat-sangat.

Allah, aku mohon kuatkan diri aku hadapi ujian Mu ini, kalaupun bukan untuk tempoh yang lama, tapi aku mohon kuatkan lah diri aku sampai habis semesta pendek ni. Aku mohon Ya Allah,aku mohon. Dengar lah rintihan hamba Mu ini. Dan aku mohon, jauhkan lah diri aku daripada terikut-ikut perangai mereka, jauhkan lah dari aku. Dan aku mohon Kau bukakan lah hati mereka,berikanlah hidayah kepada mereka supaya mereka sedar,sebelum semuanya terlambat.


hamba Mu yang kecewa 


2 comments:

Päk Läng said...

semoga DIA permudahkan segala urusan in syaa allah

Anonymous said...

kesiannye miza.. tp kesian lagi kat roomate miza.. xp.. ade org yg support miza dri blakang.. kuatkan semangat miza.. be yourself!! ignore them.