20130118

Confused

Bismillah ,


Assalamualaikum semua !


Rindu dekat blog ini...aku menaip sekali lagi dekat sini,maksudnya aku ada masalah nak cerita...aisyhh tak tahu sejak bila aku buat blog ni tempat luahan perasaan....

Mungkin sebulan sekali aku akan bercerita dekat sini,tak tahu sebab apa aku dah malas nak menaip....sekarang di kala aku sedang menaip ni,genap lah seminggu aku berada dalam sem baru....

Hmm hmmm....but what the main point now is , which i want to express is, aku rasakan subjek-subjek sem ni sangat mencabar...menyebabkan aku jumpa dengan ramai lecturer-lecturer yang baru.... tengok muka dorang je aku dah rasa nervous, ini kan bila nak belajar , haisyhh seram betul....

Tetiba benda ni semua menyebabkan aku rasa betul ke course yang aku ambil ni...tapi tapi bila fikir balik sebagai orang Islam, kita kena percaya Allah dah janji pada hambaNya setiap kesulitan tu pasti ada kesenangannya..kita cuma perlu berusaha sehabis baik dan yang lain-lain berserah kepada Nya....betul kan ?

Hmmm hmmm....aku berharap aku akan dapat semangat sehingga aku berjaya habiskan sem ini dengan jayanya....semangat semangat ! tolong lah datang pada aku....mama kata masalah-masalah memang takkan habis dan memang takkan lari dari hidup kita,sebaliknya sebagai manusia yang berakal kita lah yang patut menangani masalah tu dengan sebaik-baiknya....

Tapi tapi tapi,aku tak lah sekuat mana pun.....tapi....aku akan cuba berusaha sehabis baik untuk dapatkan apa yang aku mahu....aku mahu jadi orang yang berjaya bangun balik setelah jatuh berkali-kali....Ya Rabb,aku mohon perkenankan lah permohonan hamba Mu yang hina ini....


amin 

10 comments:

reenapple said...

Be strong dear. Aku pun selalu alami macam yg kau alami. Kurang keyakinan diri. But like a friend used to say to me, everything happens for reasons. HE knows better than us. Put your believe on him no matter what because HE's our CREATOR

nhdaughter said...

reenapple | ya,aku akan cuba sehabis baik,kumawo ! :')

Anonymous said...

(= hidup baik-baik. moga Allah beri mudah. ala chill lah kn mmg tkde yg senang perlu usaha . Allah tahu semua . percayalah

nhdaughter said...

aku-bukan-robot | yup,i will keep chill k,inshaAllah,thanks :')

Päk Läng said...

redah!

semoga dipermudahkan segala urusan dan good luck

nhdaughter said...

Pak Lang | terima kasih!

BidadariBesi [SYAA] said...

be strong and stay smile :)

محمد رازيق said...

tak apa miza. sesutau itu sememangnya berhikmah. jgn pernah sesal akan apa yang kita pilih. moga dipermudahkan

nhdaughter said...

Bidadari Besi | thanks,inshaAllah (':

nhdaughter said...

Muhammad Razik | kan?teringin mengetahui hikmahnya,amin,terima kasih :)