20121216

20121118

Bismillah ,


Salam , hye ! 

Kenangan...Memori....Teringat.....

Semua tu sentiasa bermain dalam fikiran aku...betul kata mereka-mereka,bila somebody yang kita sayang hilang dari hidup kita baru kita akan lebih menghargai nya....

dan sekarang,aku mengalami nya dan merasai sendiri perasaan itu....selama dua puluh tahun aku hidup kat atas bumi Dia ni,baru sekarang aku rasa betul-betul kehilangan...sedih,kecewa,pasrah redha semua di_uli menjadi satu....

dan orang yang aku hilang ini,tidak mungkin dapat dan tidak akan ditukar ganti...sebenarnya,tiada galang gantinya....walau pun diberi emas permata,tidak mungkin aku dapat menerima

Assalamualaikum, 
Dear ayah ,
macam mana keadaan ayah kat tempat baru? adik sentiasa doakan semoga ayah sentiasa berada di sisi orang yang beriman...adik rindu kat ayah....rasa macam lain pulak,bila adik turun bas,bukan ayah yang jemput adik lagi....bila adik habis sem 1 hari tu pun,bukan ayah lagi yang datang ambil...bila adik balik rumah,tengok ayah takde...bila malam,takde siapa lagi yang tegur adik pergi tido bila adik on9 sampai pagi buta....bila pergi kedai nak beli aiskrim dengan coklat,tak tahu nak pilih yang mana,biasa adik akan pilih dengan ayah...dah takde siapa lagi yang nak berebut makan coklat dengan adik....dah takde siapa lagi yang adik boleh nak merajuk,ada ayah dulu,adik boleh buat muncung itik...
nanti kalau adik nangis,biasa ayah akan suruh mama pujuk adik...bila ayah dah pergi jauh,siapa yang akan suruh mama pujuk adik ?....ayah,adik tak tahu macam mana nak buat keputusan,bila ayah dah takde,jadinya adik dah buat satu keputusan yang telah mengecewakan ramai orang hari tu...dan akhirnya,adik dimalukan....mmm nanti adik harap,adik akan jadi macam ayah yang ikhlas je buat dalam sesuatu kerja,mungkin itu salah satu sebab ayah pergi jauh dengan senyuman menghiasi muka ayah kan? 
sekarang ni kalau ayah nak tahu,adik tak rasa pun lagi yang ayah dah pergi jauh,adik still lagi anggap ayah masih ada kat rumah ni...macam biasa....adik rindu nak sembahyang berjemaah sama-sama dengan ayah.....
adik mintak maap ayah sebab tak dapat jaga ayah masa sakit hari tu....adik harap apa yang adik lakukan selepas ayah pergi jauh ni,dapat membantu ayah di sana....amin.

yang benar,
adik yang sayang sangat ayah :')

Al-Fatihah buat ayah ku yang telah pergi ke rahmatullah pada tanggal lapan belas hari bulan sebelas dua ribu dua belas yang lalu ~


25 comments:

dira twin miza said...

Mata gua msk habuk pas bc entry ni.hurm.yup,kehilangan ayah tercinta emang menyakitkan.hurm.but its ok.Allah syg ayah lbh dr kite syg ayh.n yg hdp psti akn pg ke Penciptanya 1hari ag.cume lmbt r cpt shj.so adk,rmmber this,KEEP BOLD n BE STRONG.setiap yg trjadi psti akn ada hikmhnya.same2 kite kuat k.InsyaAllah.

nhdaughter said...

huhu...betul tu angah xD insyaAllah,kumawo ! (:

Hanna Nabiella said...

Al-fatihah~ be strong ye :')

btw, jom join,my first contest !^^
#setiap peserta akan direview
http://www.farhanabiella.my/2012/12/photo-contest-be-yourself-by.html

Anonymous said...

miza. speachless baca ni,. sungguh,. tapi aku boleh senyum. sebab aku yakin kau tetap kuat, inshaALLAH (=

nhdaughter said...

Hanna | pasti,insyaAllah :)

nhdaughter said...

aku-bukan-robot | inshaAllah,thanks (:

محمد رازيق said...

hmm. be strong. alfatihah.yakin kau kuat.

nhdaughter said...

muhammad razik | inshaAllah,aku juga harap begitu..terima kasih :')

Atiqah Faudzi said...

Al-Fatihah buad arwah ayah awk :') . Terasa sedih bace surat awk tulis utk ayah awk tuh . In Shaa Allah . Suatu hari nanti awk akan jadi seorang yg berjaya dan akan buad arwah ayah awk bangga dgn kejayaan awk . Aamiin :) . Be strong okay .

nhdaughter said...

eimuizduaf | terima kasih :') in sha Allah ,amin :')

Päk Läng said...

kematian bukanlah suatu keadaan yang terpisah dengan kehidupan kerana kematian itu sendiri adalah sebahagian dari kehidupan

takziah, semoga roh arwah dicucuri rahmat-NYA

dan hal menangis itu simbolik kepada kesedihan juga tanda sayang...semoga kau berbahagia, kawan

nhdaughter said...

Pak Lang | amin,terima kasih sahabat :')

a n said...

moga kau sentiasa kuat..aku pom belum tentu kuat untuk menghadapinya jika ini terjadi pada diriku..

moga kau sentiasa kuat..Al-fatihah.moga ayahmu dalam curahan rahmatNya

nhdaughter said...

ana | aku akan sentiasa cuba itu :') inshaAllah,amin,..thanks :')

macyhumaira said...

sesmoga menjadi bekalan ayah sebagai anak solehah.

luv u. be strong.

nhdaughter said...

Macy Humaira | moga-moga,inshaAllah,amin :') thanks,luv u too*hugs*

NY said...

Sayang, kuat ya.
*Peluk kuat*
Rindu kamu <3

NY said...

Tak sanggup kubaca coretanmu kali ini karna airmata sudah mulai membanjiri :')

nhdaughter said...

Munabuna | kamu da tuka nama ? ingtkan siapa tadi (:

mmm...inshaAllah,terima kasih ^^ *hugs* rindu kamu juga ! <3

محمد رازيق said...

terima kasih singgah blog sy tadi miza. selamat tahun baru 2013 :) selamat maju jaya.

nhdaughter said...

muhammad razik | sama-sama,selamat tahun baru 2013 ! ^_^ thanks,kamu juga (:

Anonymous said...

moga aman.

nhdaughter said...

konfrontasi lara | amin,terima kasih.

محمد رازيق said...

cik miza kimbun. hehehe. thnx wish gud luck n doakan sy harituh. sori lamabat nak jengah balik. hehe. apepun alhamdulillah :)

nhdaughter said...

ye en muhd razik,hihi...sesama,xpe2...tahniah2 ! ^^