20120515

: Bukan yang Kau Rasa :


Monolog ku

Pabila jarum pendek merangkak ke arah satu ,


Pasangannya menyentuh nombor enam…


Aku tahu saat itu,


Pagi seakan tidak sabar untuk muncul…


Dan aku,


Bertemankan sang mentol bertatahkan bekas yang menawan,


Mengusir ketakutan ku di kala kegelapan satu pertiga menyelubungi…


Dan aku,masih membiarkan jejari ku menekan keyboard,


Memuntahkan apa yang dirasa,


Di saat mereka semua sesak dengan perkara lain…


Apa yang ku rasa,


Bukan seperti tentang rasa yang dipopularkan Astrid,


Juga bukan seperti apa yang kau rasakan…


Aku sekadar ingin menjadi diri ku,


Diri yang mempersetankan perasaan manusia lain,


Yang menempuh hari-hari nya mengikut acuannya sendiri,


Tanpa mempedulikan larangan,makian dan cacian mereka-mereka….


Tetapi…..


Aku tahu,


Aku tidak boleh tidak mempedulikan keadaan sekeliling,


Tidak menghiraukan setiap keadaan yang berlaku,


Tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna,


Tidak boleh mendedahkan aurat,


Tidak boleh membuat orang membenci diri ku,


Kerana ku sedar,


Aku hanya lah seorang hamba Nya di muka bumi ini…


Tanpa nikmat dan belas kasihan Nya,


Mustahil aku masih di alam fana ini

10 comments:

A'iyn Raidah said...

rasa itu lah perasaan..
perasaan itu yang membawa kita dekat dengan diri sendiri..
walaupon kita mencari apa dan dimana..
tapi kita tahu akan ada akhirnya..

miza kimbum said...

@ Aiyn Raidah | hukhukhuk....@@ betul tu...sy setuju (:

cha'e said...

dan aku masih disini. .
menekan keyborad tanpa tujuan
kenapa?
sebab aku juga tak bole mempersetankan semua. oh la la

miza kimbum said...

@ cha'e | grrr....kenapa tak boleh pulak? kroh kroh

insan biasa said...

betul tu....stuju.....

miza kimbum said...

@ insan biasa | (:

bukan retis said...

terima kasih pada DIA.. :)

miza kimbum said...

@ bukan retis | ya,Alhamdulillah di lafazkan (:

fRaMe+LenSeS said...

kan? kita hidup pn dengan nikmatnya. masih lagi nak ingkar kan? huu T.T

miza kimbum said...

@ fRame+LenSeSkan? tahu tak pe....ish ish ish....sob2x