20120403

: Ajal Maut Mati ♡


We have to accept whatever comes our way and meet it with courage and do the best we can give…

\\Bismillahirrahmanirrahim// assalamualaikum kepada semua teman-teman alam maya sy yang beragama Islam....dan salam sejahtera kepada yg bukan ya ^^

Tadi semasa sy sedang  mengambil air sembahyang , tiba-tiba otak sy , nerve brain sy ligat berfikir tentang KEMATIAN...sy pun sudah semestinya tidak tahu mengapa dan kenapa malam ini akal sy mahu befikir ke arah perkara itu.....

tetapi tidak pula sy menyesalinya....kerana apa? kerana berfikir tentang kematian ini amat digalakkan dalam Islam.....menurut pengetahuan sy,selalu mengingati mati ini adalah sunat....dan insyaAllah  akan dapat ganjaran pahala dari Yang Maha Kuasa....

setelah itu,sy menyoal kepada diri sy....adakah kau sudah bersedia mieza untuk menerima saat-saat kematian itu......untuk menghadapi saat-saat malaikat Izrail mengambil nyawa kamu ?? saat-saat sakaratul maut menjemput mu ??

Ya Allah,sesungguhnya hati kecil ku ini berdetik menjawab sudah tentu belum , Ya Allah.....aku berasakan yg  aku belum bersedia untuk menghadapi saat-saat nyawa ku terpisah dari jasad ku....saat-saat Kau menuntut kembali aku pulang kepada Mu....Ya Allah,sesungguhnya aku benar-benar belum bersedia T___________T

The wise man

ya...betul,sy mengaku ! sy belum benar-benar bersedia untuk menghadapi saat-saat mencemaskan itu....kenapa?? kerana banyak sebabnya....amalan sy??diri sy??hati sy??iman sy??semua itu sudah cukupkah untuk bekalan sy di akhirat kelak??? 

astaghfirullah ! astaghfirullah ! astaghfirullah ! insaf lah wahai manusia....renungi lah sejenak apakah yg telah engkau lakukan selama hidup di dunia ini hanyalah sia-sia sahaja?? tidak adakah satu pun yang akan menjadi penyelamat kamu di akhirat kelak ??

Ya Allah,sesungguhnya banyak sekali perkara yang telah aku lalaikan....janganlah engkau pesongkan hati ku daripada mengingati Mu...janganlah engkau jadikan aku manusia yang terakhir sekali insaf di saat-saat kematian menjemput ku.....matikan lah aku dalam cahaya keimanan MU...Ya Allah Ya Rabbi.....

Make firm our steps

marilah merenung sejenak kawan-kawan...apakah yang telah anda lakukan dalam hidup anda sekarang nanti boleh membantu di saat masanya apabila Allah bangkitkan hamba-hambanya di padang mahsyar nanti??astaghfirullah ! renungan bersama , wassalam .

2 comments:

ReramaBiru said...

~entry yg bagus..kita tak thu bila maut akan sampai..kita cuma mampu bersedia :)

nhdaughter said...

alhamdulillah...(: btl 2...insyaAllah ...