20120329

: Cop Halal Vs Hukum Allah ?




\\Bismillahirrahmanirrahim// assalamualaikum kepada semua readers yang beragama Islam....dan salam sejahtera kepada yang bukan...

hari ni nak share dengan anda semua cerita tentang gamba di atas.....cerita di mana terdapat satu pasangan yang sedang keluar bersama di suatu hari....so, jom terjah ok (:



Gambar Pertama

Semasa berjalan,tiba-tiba si teruna berasa lapar...lantas mengajak si dara untuk menjamu selera....mereka singgah di sebuah kedai....akan tetapi sebaik tiba di restoren itu , tiba-tiba si teruna mengatakan yang dia tidak mahu makan di situ kerana was-was akan status makanan yang dimasak di situ....si teruna itu berasa kurang yakin akan makanan itu halal atau tidak....

Pendapat Saya  : Islam mewajibkan umatnya untuk mencari makanan atau mendapatkan atau mengambil makanan dari sumber yang halal.....selain itu,Islam juga menyarankan agar kita tidak mengambil makanan yang kita rasakan was-was atau syubhah akan status halal makanan itu....

Kesimpulannya  : Bijak si teruna itu membuat keputusan yang sewajarnya ^_^

Gambar Kedua

Setelah itu , mereka keluar dari restoran itu dan menuju ke pasaraya yang menjual makanan kering dan basah...tiba di bahagian makanan mee , si dara pun mengambil satu bungkus mee untuk dibeli...akan tetapi , dihalang pula oleh si teruna....si teruna lantas mengambil bungkusan mee itu tadi dan membelek plastik bungkusan mee itu....lalu,setelah beberapa saat membelek , si teruna tidak mengizinkan si dara membelinya kerana tiada cop halal daripada JAKIM.....oleh itu , si dara tidak membelinya....

Pendapat Saya : Sebenarnya jika kita ingin berasa yakin bahawa makanan yang ingin kita beli itu halal atau tidak statusnya , adalah dengan cara melihat sama ada bungkusan makanan yang dijual di pasaraya itu mempunyai logo HALAL dari JAKIM atau tidak....Hal ini kerana , jika logo itu ada , maknanya makanan itu sudah di sah kan halal oleh JAKIM dari segi pembuatannya dan pembungkusannya....

Kesimpulannya : Tahniah kepada si teruna kerana mengetahui tentang status HALAL itu....^^V

Gambar Ketiga 

Setelah keluar daripada bahagian makanan , mereka ke kedai beg tangan...si dara ingin menghadiakan beg tangan kepada bakal ibu mertua nya....selepas membelek beg yang berkenan di hati , dia berhasrat untuk membayarnya....akan tetapi , disanggah lagi oleh si teruna....si teruna menahan si dara daripada membelinya kerana was-was jika kulit beg tangan itu digunakan dari sumber binatang yang haram di makan iaitu pig....oleh itu , si dara membatalkan hasratnya....

Pendapat Saya : Islam tidak menggalakkan umatnya untuk memiliki apa-apa sahaja barang yang berunsurkan daripada bulu pig ini...kerana ia nya adalah binatang yang haram kepada umat Islam....jika ingin tahu lebih lanjut , sila rujuk kepada yang pakar ^^

Kesimpulannya : Bagus si teruna ini mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil berat sekali akan hukumnya mempunyai barang daripada bulu binatang ini.....BRAVO !! 

Gambar Keempat

Si teruna berasa bosan berlama-lama di bahagian beg tangan itu....lantas mengajak si dara ke tempat lain....akan tetapi , malangnya dia telah memegang tangan si dara......

Pendapat Saya : Hukum berpegang tangan di dalam Islam ini tanpa mempunyai ikatan yang sah adalah HARAM....hukumnya tidak akan dan memang tidak akan pernah berubah sehingga hari kiamat hukum itu....setiap umat Islam perlu mengambil berat akan hukum ini dan mengetahui dengan jelas dan mendalam akan hukum ini.....Hukum Allah tidak boleh sama sekali DILANGGAR dan DIMAINKAN....

Kesimpulannya : Si teruna tidak patut berbuat demikian setelah dia bakal bergelar imam kepada si dara itu...niat tidak sama sekali menghalalkan cara sesuatu perbuatan itu....



Oleh itu , apa yang korang semua dapat daripada cerita ini ?? tepuk dada , buka mata , buka hati , buka telinga , tanya iman....WATCH OUT because ALLAH WATCH YOU...wassalam.


4 comments:

FairuzFauzey said...

nice post ! :)
semoga semua yang membacanya dapat mengambil iktibar serta pengajaran.

miza kimbum said...

alhamdulillah,thanks (: insyaAllah ^^

FairuzFauzey said...

alhamdulillah. most welcome. amin :)

miza kimbum said...

amiin (: thanks baca ea ^^