20140406

Kuat?



Cakap pasal kuat ni, semua orang fikir aku kuat. Tak tahu ke gamaknya yang aku ni manusia. Punya hati dan perasaan. Sampai ada orang cakap  aku ni luar lembut tapi dalam bukan main keras lagi. *gelak*

Entah. Aku pun tak tahu kenapa aku kuat. Tapi yang aku tahu aku kuat sebab ada Dia yang satu. Walau macam mana ramai pun yang tinggalkan aku, aku tahu Dia masih ada dengan aku. Even kadang-kadang aku lupa  dekat Dia. Untuk itu, terima kasih Allah.

Tapi aku sebenarnya rapuh je pun. Macam christina perry tu cakap "I''m only human. And i crash and I break down".... Tapi nak buat camne, takkan kau nak layan kan je perasaan rapuh kau tu? Takkan kau nak jatuh je? Takkan kau taknak naik? Takkan kau nak hidup dengan angan-angan kosong je?

Kau tak ingat ke tujuan penciptaan kau kat dunia ni kerana apa? Aku tak boleh terima, sangat tak boleh terima bila remaja zaman sekarang gagal dalam pelajaran sebab cinta, gagal dalam hidup sebab cinta. Kau tak tahu ke yang kita ni hidup bukan hanya untuk cinta lelaki perempuan je, kau tak tahu ke? Tolonglah jangan lemah sangat. Dia kan ada. Kau mintak je lah kat Dia. Bersandar pada Dia. Bukan pada manusia. Nak tahu sebab apa? Sebab hati manusia ni Dia yang pegang bukan pakwe atau makwe kau. Kalau couple bagai nak rak pun kalau bukan jodoh kau, kau nak kata apa?

Bila dah semakin meningkat ke alam dewasa ni, aku dah semakin malas nak share problem aku dengan sesiapa pun. Even mama aku. Ni kalau mama aku tahu ni, mahu beliau kecik hati. Yela, aku sebenarnya malas nak bebankan masalah aku yang sebesar kuman je pun kalau nak bandingkan dengan masalah mama aku tu. Aku tahu dia ada masalah cuma kadang-kadang beliau saje tak nak share dengan aku sebab takut ganggu konsentrasi aku nak belajar.

Sebenarnya aku malas nak share problem aku dengan orang sebab aku tahu yang sebenarnya dorang bukan akan sentiasa ada dengan aku. Aku tahu dorang akan tinggalkan aku jugak suatu hari nanti. . Then, bila aku faham ayat ni, "Jangan buka aib sendiri, sedangkan Allah dah tutup baik-baik aib kita" (lebih kurang macam tu lah ayatnya) lagilah aku taknak cerita masalah aku dengan orang. Lagi satu, aku tahu orang lain pun ada masalah sendiri, kadang-kadang dorang pun akan rasa terbeban dengan masalah kita. Ini tak tipu. Sebab aku pun rasa macam tu bila aku tengah ada masalah tengah berserabut lepastu dia nak jugak share masalah dengan aku. Agak tak nampak ke macam mana serabutnya aku masa tu? Kadang-kadang orang macam ni, aku rasa patut pergi masuk kelas body language.

Aku sebenarnya dah lama nak tulis entry ni, tapi asyik malas je nak menaip. Petang ahad ni je aku terasa nak menaip sebab aku malas nak baca notes. Ha. ha.

Adios!


1 comment:

Päk Läng said...

bernafaslah dan raikan hidup seadanya!

semoha tuhan merahmati kita semua.