20120907

Jangan Baca

Bismillah ,


tak tahu mana nak mula ... serious aku tak tahu kenapa aku susah dah nak tulis kat sini ... itu pertama nya yang aku nak tulis ... kedua , aku kat tempat baru ni , serious rasa macam-macam ... gembira,susah,senang,sedih,nangis semua aku rasa ... sekarang,aku rasa aku macam dah tukar badan pulak dengan kembar aku ...


kata katy perry :
everybody can buy me a time machine ? 

itu yang aku rasa sekarang ... seriously aku rasa macam tak payah la pedulikan aku .... mungkin la aku belum matang,tak tahu cara terbaik nak beware,tak tahu macam mana nak express perasaan dengan betul,tak tahu macam mana nak layan orang,...betul la,terimalah wei yang kau tu "budak kecik" lagi ... kau ingat kau siapa haaa nak keluar kan statement macam tu ?


dulu sekali dah kau buat macam tu , sekarang kau buat lagi miza? apa nak jadi ni , ingat bagus sangat la buat orang terasa dengan kau haa ? mana aku tahu statement tu boleh sakitkan dowang , yang aku tahu cuma aku nak luahkan je , that's it ....


seriously , aku rindu diri aku yang dulu ... diri yang boleh back-up diri sendiri,back-up diri kembar aku lagi ... mana kau mana kau? boleh tak kau muncul balik,boleh tak ? aku rindu pada sahabat-sahabat aku yang ada masa aku nga sedih dan susah ... yang datang pada aku masa aku nangis dan peluk aku ,pegang tangan aku dan kata " tenang miza,kiteowang kan ada" .... aku rindu pada mereka deeply much ... please appear in front me ok ? T.T ketahuilah sahabat, sekarang aku betul-betul kehilangan kowang .... susah,susah sangat aku nak cari sahabat macam kowang ....


sekarang , apa yang perlu aku buat adalah mendiamkan diri ... ya,itu jalan yang terbaik sekali ... tak tahu , mungkin aku ambil masa untuk memahami keadaan yang berlainan sangat ini .... mungkin la ... tak sangka pulak banyak betul dugaan yang aku kena hadapi tahun ni .... ya ya ya, mungkin tahun ni tahun yang paling mencabar buat ku ....


kata seseorang ,

kalau awak rasa awak susah dan terbeban , fikirlah diri orang lain yang lagi susah dan merana , pasti kita akan rasa lebih bersyukur dan tenang ....


lagi satu , mungkin aku ni cepat sangat terasa ... mungkin kot ... alahai , macam mana lah nak buat diri jangan terasa ni ... susahnya .... kenapa aku dah tak boleh masuk dengan dowang yang macam tu ?? banyaknya masalah kau miza ....


dan sekarang aku rasa macam , boleh tak aku tak nak pedulikan sekeliling dan buat je apa yang aku nak ... boleh tak ?? semangat aku pun dah hilang dah .... it's ok lah , bila fikir-fikir balik , apa guna Dia bagi sifat sabar dan akal kan kalau tak guna betul-betul,ye dak ?


ok , keadaan aku sekarang macam orang malas yang duduk saje kat meja then tunggu masa je kepala nak jatuh kat atas meja sampai datang orang yang tepat kejutkan aku dan kata bangunlah oiii , banyak lagi yang kau kena buat .... ada tak orang tu kau rasa ???



-air mata menitik-

12 comments:

hnahdy said...

hana pernah rasa mcm tu.

miza kimbum said...

hnahdy | sakit,kan ?

iLi afiQa said...

ada masa kita kaum hawa terlebih sensitif, tpi kita bleh pilih utk terasa or x.aku yakin kawan aku sorg ni merdeka orgnya.merdeka dari kata2 manusia & hanya peduli apa kehendak Allah.kita memg lemah tpi seorg muslim itu sgaaat beruntung,sebab kita dpt rasa Allah bolah kawal hati kita.sakit tapi redha,pedih tapi makin bersyukur,makin lebat doa yg kita tembak.bacalah terjemahan surah Dhuha,insya Allah rasa sedih tu dpt jadi tawar.Quran penawar duka,pgubat sengsara ^_^

aku-bukan-robot. said...

la tahzan,
kita susah ramai lagi yang lebih susah, rasa burden. masih ramai yang lebih banyak burden dari kita.
semoga jadi kuat,
biasalah manusia,rasa tu selalu je ada. kita kene kawal. mujahadah !

(takde makhluk di sisi . yang Kholiq tetap ada (= pohon pada Dia. )

penjajah minda said...

cuba buang rasa2 tue.cuba berbaik balik dengan semua.insyallah semuanya akan ok.

miza kimbum said...

ili | kan,btl tu,aku setuju wei,mungkin aku lum pandai kawal lagi...terima kasih kawan,aku akan cuba dekat lagi dn Nya :')

miza kimbum said...

aku-bukan-robot | syukran sodiqi! :') moga aku akan sentiasa kuat,doa-doa ya....

miza kimbum said...

penjajah minda | ya,betul tu,aku dah buang rasa itu,dan berjaya! terima kasih :')

Cik Panda said...

Miza dear Miza! Saya pernah rasa sangat, berada dalam keadaan Miza.
Awak, tolong. Dalam masa ini, awak kena ingat Niat dan Semangat yang ada tanpa awak sedar, yang sentiasa melihat awak, dia, kita semua. Dia. Awak cuma perlu tujukan semua untuk Dia, walaupun bukan untuk diri awak sendiri. InsyaAllah semuanya akan ditemukan. Jangan pernah awak mengalah untuk mencari, Miza. Awak memang kuat, awak kena cari kekuatan tu. Kita diuji oleh Dia sebab Dia mahukan kita sentiasa mengingati Dia, okay? Awak, awak ada ramai orang yang doakan awak. Family dan kawan-kawan yang betul-betul mengasihi akan sentiasa mendoakan tanpa perlu mereka khabarkan. Sama seperti awak yang mendoakan mereka selalu, kan? Percayalah :') Be strong! Hihi.

miza kimbum said...

Cik Panda | terima kasih,terharu *hugs* ya,betul,sy masih ada Dia dan yg penting sy masih ada kamu yg sentiasa support walaupun di alam maya,kan? thanks sgt2 :')

Rokiah Wandah said...

miza perlu kawan bercakap ni . kalau blum ok , cepat cari listener . :)

miza kimbum said...

Rokiah Wandah | yup,btl tu kak :')