20120603

: Kahwin , Dari Bucu Pemikiran Aku ?

Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum


ntah , aku pun tak tahu kenapa aku nak jugak kupas dan hiris-hiris pasal kahwin ni , mohon jangan tanya aku apa sebabnya .


hati aku ni yang desak suruh aku bising kat sini , so , mohon korang baca je lah sampai bosan , peace .


ya , bawak bertenang , aku belum lagi nak mendirikan rumah dan tangga ni . bajet untuk aku beli paku dan tiang tengah pun belum tentu wujud lagi apatah lagi nak membina satu istana indah bersama si dia yang bertuah itu . si dia ke atau aku yang bertuah , geleng kepala . sungguh aku memang tiada jawapan untuk itu .


mohon jangan ngada-ngada nak tanya . kalau nak tanya jugak , contact aku di laman muka buku atau pun emel . alamat surat-menyurat memang aku pasti seratus peratus tidak akan dilayan . alaa , korang bukan tahu alamat istana puan mama dengan inche ayah aku pun , jadi nya , mohon jangan mempertikaikan . tahu ?


arghhh , sudah . apa aku merepek ni . grrr


dah laa , tegak kepada titik yang utama tadi , pada aku kahwin ni satu perkara yang bukan main-main , tahu ? alaa , aku tak bagitahu pun , korang dah boleh paham , ye tak ? dan sekarang ni , ramai ibu bapa yang sudah berfikiran terbuka untuk mengijinkan anak dara suntinya membina rumah dan tangga dalam usia yang masih lagi ala - ala hijau aku kira .


pada aku , itu sudah dikira bagus ye tak ? mahu apa nya diusung ke sana ke mari anak dara sunti orang dan akhirnya menyemai benih-benih fitnah mereka yang sangat terlebih prihatin lalu berkata yang bukan - bukan dan akhirnya menjadi buah yang sangat busuk untuk dipetik , ye tak ?


aku pun tak tahu nak kata apa kalau mereka yang mendirikan rumah dan tangga ni dengan niat hanya untuk menghalalkan apa yang haram . kenapa aku cakap macam tu ? nta , aku pun tak tahu . yang aku pasti , tak kan ke mana kot kalau semata-mata hidup bersama hanya untuk ke arah itu , paham ke ? kalau tak paham , mohon baca duaempatbelas kali , tahu ?


aku terasa mahu tersenyum sinis jika ada yang berkahwin hanya untuk mengikut sunnah nabi agung kita tapi penghayatan dalam kahwin itu kosong ziro eyelek . mendirikan rumah dan tangga ni bukan kayak nya seperti mahu memilih kain jenis apa , warna apa , fesyen apa untuk perayaan besar kita , bukan bukan .


ohh peliss lah , aku mohon tolonglah lengkapkan dada mu dengan ilmu yang selengkap - lengkapnya tentang dunia berumah dan tangga ni . sebab apa ? sekali kau tersilap , mahkamah syariah lah tempat di mana akan menjadi saksi perobohan rumah dan tangga yang dibina bersama itu .


jadi nya , sebelum aku meneruskan hujah-hujah aku yang boleh membuatkan korang tertido , elok lah aku berhenti dulu .


opss , jangan pergi dulu . aku ada sedikit gula-gula kapas nak bagi ni ,


Kalau takut dilambung ombak , jangan mendirikan rumah di tepi pantai 



- Engkau fikirlah ! kata aizat amdan - wassalam .

12 comments:

muhsin.aminudin said...

sama plak topik tulisan. KAHWIN.

setuju.

dear yayah said...

nikah itu satu platform utk menjadikan hubungan itu suci dan dirahmati Allah.. kahwinlah kerana cinta kpd Allah, dan salurkan pd keluarga ^^

bukanretis said...

ada org pikir kawen tu senang.. tapi dorang lupa kawen itu baru permulaan hidup. jd,carilah lelaki yg ckup ilmu d dada bukan tahu ckp shaja.
chewah ! haha

p/s : nak kawen jemput tau.ekekeke

princess cutezz said...

perkahwinan satu sunnah.. jgn hanya skadar cinta n nafsu trus nk kawin.. mang btul perkahwinan mengelakkan zina.. tapi cube ubah niat sebenar.

jgn terlalu mngikut adat.. ikut kewajipan agama.

nhdaughter said...

@ muhsin.aminudin | macam mana boleh sama plk ni ? @@




ok,THANKS XD

nhdaughter said...

@ dear yayah | ya,angguk2 kepala,btl2..setuju dgn pndpt tu XD thanks ,

nhdaughter said...

@ bukanretis | umphh....ya,betul,mmg kena kasi cuci otak mereka yg pk cm2...




p/s : insyaAllah,nanti kita jemput,wakaka XD

nhdaughter said...

@ princess cutezz | ya,btl,setuju 100% XD thanks ye .

bobok said...

kena fikir masak-masak syg.

nhdaughter said...

@ bobok | erk ? @@ ya,betul,kena fikir semasak-masaknya .

Päk Läng said...

kutanam pinang rapat²
agar puyuh tak dapat berlari
kupinang² tak dapat²
kupujuk² kubawa lari

haha :p dah follow back

nhdaughter said...

@ Pak Lang | ciss,mana boleh bawa lari kalau tak dpt jugak :P






p/s : thanks (: