20120411

: Wordless Wednesday # Dalam Meniti Kematangan ♡

The moment we understand

\\Bismillahirrahmanirrahim// assalamualaikum kepada semua teman alam maya yang beragama Islam...dan salam sejahtera kepada yang bukan...

sekali lagi entry di taip selepas pukul 12 malam....jam di lappy betul-betul menunjukkan 1 pagi....perasaan sy di kala ini sukar untuk digambarkan...bercampur rasa menjadi satu....

sedar tidak sedar sy semakin menginjak dewasa....umur semakin bertambah....berbagai perkara 'serius' sering kali muncul dalam benak...walaupun cuba ditahan cuba diberhentikan , semakin pula bercambah dari hari ke hari....

seiring dengan usia yang semakin menginjak , pikiran juga semakin matang....terkadang sy berasa kekok untuk berbicara perihal kartun jika kawan seusia berbicara mengenainya....terasa seperti sy bukan orang yang layak lagi untuk berbicara kisah-kisah seperti itu....@@

I want to be

terasa kan hidup sy kini hanya untuk lebih menghargai kehidupan....terasa ingin mendampingi orang-orang yang hebat dalam agamanya....terasa ingin menjadi sesuatu yang lebih lagi....terasa ingin menjadi sesuatu daripada sesuatu...terasa ingin menjadi luar biasa daripada yang luar biasa....terasa ingin membuktikan yang 'aku' juga mampu membuktikan yang 'aku' mampu lakukan....

sungguh sifat manusia itu memang semula jadi tidak pernah rasa puas dan cukup...memang sentiasa mahukan yang lebih dalam hidup ini....tidak tahu kenapa dan mengapa...tetapi yang sy fahami jika manusia itu sudah berasa puas dalam sesuatu perkara dalam hidupnya,pasti mereka tidak mahu berusaha untuk menjadi yang lebih baik bukan??tetapi manusia semakin alpa kepada tanggungjawabnya kepada Ilahi setelah sentiasa untuk menjadi baik dalam perkara duniawi....alangkah sedinya perkara ukhrawi disisihkan begitu sahaja...sedangkan di akhirat sana yang kekal abadi....T____________________T

Remember Allah

teringat di suatu hari,sedang asyik duduk bersama sahabat,tiba-tiba dia mengatakan kepada sy seperti ini, " miza , duduk dengan miza ni wat kita jadi matang la...dan bukan seperti mereka yang suka berloyar buruk dan bercakap perkara-perkara yang kartun-kartun".....dan sy terkedu ketika itu....@@

ohh....sy sudah besar rupanya....sy sudah semakin matang rupanya....ohh...semakin berat dan besar ujian dan tanggungjawab yang bakal sy galas selepas ini....ohhh....tidak....terasa belum bersedia lagi untuk menggalas semuanya.....

when life knocks you down

Ya Allah....sesungguhnya aku benar-benar memerlukan perhatian dan bimbingan daripada Mu...aku mohon Kau bantulah hamba Mu yang sentiasa khilaf dalam meniti perjalanan hidup....terkadang seperti tidak redha dengan ujian dugaan yang Engkau turunkan kepada ku...astaghfirullah....T___T janganlah Engkau membolak balikkan hati ku setelah diberi petunjuk daripada Mu.....Amin ~

6 comments:

محمد أمين بن أريس said...

sedar tak sedar kita da dewasa...sedar tak sedar banyak amanah yang kita genggam...edar tak sedar kita da matang dalam berfikir... :)

nhdaughter said...

yes...exactly right (:

Zarith said...

cara berfikir yg perlu matang..perangai budak sikit takpe la..kan kiut..haha

nhdaughter said...

hoho....ok,pun boleh jgk (:

Rayha Rozi said...

betul3..nice blog

nhdaughter said...

ap yg betul 2??hehe...thanks (: