20120406

: Ikhlas? Susahnya ♡

Don’t give up on me

\\Bismillahirrahmanirrahim// assalamualaikum kepada semua readers sy yang beragama Islam....dan salam sejahtera kepada yang bukan.....^^

kaifahaluka au kaifahaluki antum semua?? huhu...rindu pula rasanya nak cakap dalam bahasa arab.....rasa macam da lama je tinggalkan.....hu.hu.hu. T_________________T

hari ini sy mahu share dengan anda semua tentang ikhlas.....susahnya bila perkataan itu muncul dalam benak kita kan?? apa itu ikhlas?? kenapa kita perlu ikhlas?? waktu bila kita perlu ikhlas ?? semuanya menjadi persoalan...betul tak?? 

Never regret anything because at one time it was what you wanted
ayat ini sy jumpa masa sy sedang mencari sesuatu di facebook sebagai bahan perencah dalam ilmu pengetahuan sy.....maksudnya dalam bahasa melayu 'Jangan Pernah Menyesal Sesuatu Perkara Yang Berlaku , Kerana Suatu Hari Nanti Perkara Itu Akan Bertukar Menjadi Suatu Perkara Yang Kamu Mahu '.......

betul tak kata-kata itu?? pada sy betul...sebab apa?? sebab kita tidak tahu perkara yang akan berlaku menimpa diri kita di kemudian hari....hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang akan datang....so,macam mana nak ikhlas bila sesuatu perkara yang kita tidak suka tiba-tiba kite terpaksa hadapi dan menanggungnya??

hanya ada beberapa cara atau jalan sahaja yang boleh kita lakukan....apakah dia?? Sabar , Redha  Berdoa dan Berusaha lah menjadi yang terbaik....itu lah sebenarnya langkah yang perlu kita lakukan sebaik sahaja menimpa sesuatu perkara yang kita tidak ingini berlaku....

hal ini kerana,itulah sebaik-baik cara yang diajar Islam kepada kita.....kita tidak boleh melawan Qada' dan Qadar yang Allah telah tetapkan dalam hidup kita....memang bukan senang untuk menghadapinya , tetapi Tabah lah wahai kawan.....kerana Allah sentiasa berada bersama-sama orang yang sabar....^^

If you put Allah first

selain itu,semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini ada sebab munasabnya dan hikmah yang terkandung di dalamnya.....oleh itu,ikhlas lah menghadapi sesuatu ujian dugaan yang diturunkan Nya kepada kita.....

dan untuk belajar Redha terhadap ujian dugaan itu,kita kena lah ikhlas....redha datang setelah wujudnya keihlasan dalm diri....

Nak jadi ikhlas sangat susah. Ikhlas itu macam semut hitam di atas batu hitam pada malam yang gelap gelita. Kita tahu kewujudannya. Tapi susah nak mencarinya. Tapi boleh. Kena belajar. Tapi itulah cakap senang, nak membuatnya? Bukan senang....@@
kata-kata di atas sy dapat daripada salah seorang facebooker....facebooker itu menasihati kawan sy untuk belajar ikhlas.....memang susah nak ikhlas jika perkara yang kita tidak suka kita kena buat atau hadapi atau menanggungnya kan ??

Allah will surely test you

tidak mengapa....jom belajar menyemai memupuk diri untuk ihlas dan redha.....mudah-mudahan ada jalan keluarnya nanti....insyaAllah...wassalam.