20120407

: A'ib ! Malu ! Jangan Buka , PLEASE !!


He who has Allah

\\Bismillahirrahmanirrahim// assalamualaikum kepada semua readers yang beragama Islam....dan salam sejahtera kepada yang bukan ^^

alrite...jam di lappy sekarang menunjukkan waktu Malaysia sekarang berada pada pukul 1:57 pagi...dan saya tersangat la pasti bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia sedang nyenyak dibuai mimpi-mimpi indah...mahupun sebaliknya....betul?? siapa setuju,sila jawab YA ^^V

pagi yang sunyi lagi hening ini saya hendak berkongsi dengan anda tentang KEA'IBAN atau dalam bahasa yang mudahnya MALU....anda tahu apa itu A'IB....mengerti maksud MALU itu....

A'ib atau Malu itu merupakan perasaan yang semula jadi manusia yang ada dalam diri setiap manusia....tiada perasaan ini,anda tidak NORMAL.... (!) so,PLEASE check balik diri anda ok ^^

akan tetapi,bukan mahu mengupas dengan lebih mendalam pengertian malu itu...sebenarnya,saya mahu berkongsi dengan anda bahawa A'IB seseorang itu sebenarnya TIDAK PATUT dan TIDAK WAJAR anda heboh-hebohkan....sesungguhnya , Islam tidak menganjurkan umatnya untuk membuka aib seseorang itu....

KERANA APA (?) (?) sebab ini :**
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi). Adalah tidak diharuskan untuk membuka dan menceritakan aib orang lain ataupun aib diri sendiri kepada orang lain. Saudara/ri disarankan agar menasihati sikap kawan tersebut agar tidak menceritakan lagi aib tersebut kepada orang lain.
sumber : komuniti iloveIslam.com 

Don’t stop believing

oleh itu,tolonglah wahai teman-teman ku,berhentilah daripada membuka keburukan seseorang itu...tidakah anda terpikir akan perasaan orang yang anda buka A'ib nya itu...apatah lagi apabila anda paparkan dan kecoh-kecoh kan di tempat-tempat terbuka yang memang sekali tekan je maklumat akan keluar.....TIDAKKAH anda terpikir itu (?) (?)

apakah perasaan anda apabila DIRI yang anda MALU kan itu ANDA??? apakah perasaan anda pada masa itu?? adakah anda akan tersenyum bahagia ?? tersenyum senang ?? jika sekali pun anda berasa sakit hati akan perbuatannya , berdoalah sebaik-baiknya.....supaya dia berubah ke arah jalan yang benar....Astaghfirullah ! Astaghfirullah ! Astaghfirullah ! mudah-mudahan ada kemaafan daripada yang dimalukan itu :'(

ada pun , hanya dalam EMPAT keadaan sahaja dibenarkan untuk membuka a'ib seseorang itu , iaitu :**

  • orang yang dizalimi. Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku. 
  • untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam. Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.  
  • Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan. Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.  
  • Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain. Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.
sumber : komuniti iloveIslam.com 

oleh itu,insaflah teman-teman...JAUHILAH daripada membuka A'IB seseorang itu....lagi berat jika kita tidak mengenalinya...BAGAIMANA untuk kita memohon kemaafan daripadanya....renung-renungan...buka mata,buka hati,tanya iman....wassalam.
Stop judging

p/s : peringatan buat diriku dan kamu yang sedang membaca ~

2 comments:

Unknown said...

nice entri .. betul tu ..

nhdaughter said...

alhamdulillah...thanks ye (: