20120419

: Kenangan Itu , Memori Itu ♡

Allah


Ya Allah...andai kami bukan disatukan di satu tempat di muka bumi Mu ini,tapi ku kira sudah cukup Kau tautkan lah ukhuwah kami ini kerana Mu,dan semoga ukhuwah kami ini berpanjangan sehingga ke alam syurga,insyaAllah,amin~


Ku masih ingat tarikh itu....tarikh itu memberi seribu erti bermakna kepada setiap orang yang melaluinya....tarikh yang telah ditetapkan itu,tiada siapa yang dapat menghalangnya....tarikh itu akhirnya telah membawa aku kepada sebuah kisah kehidupan yang hebat.....tarikh itu akhirnya telah menyebabkan aku mencipta sebuah lagi memori kenangan yang terindah dalam hidupku....

kehidupan ku bersama mereka.....kehidupan ku,keriangan gelak ketawa ku,kedukaan keluh kesah ku semua diiringi oleh mereka.....tiada yang pernah tersisih dan disisihkan....jika salah seorang daripada kami sibuk,pasti akan ada yang lain memimpin dan berjalan beriringin bagi memastikan salah seorang daripada kami tidak lalai dan leka dalam menongkah ujian dugaan yang terpaksa kami tempuhi di kala itu.....

ku masih ingat,sewaktu sambutan hari lahir ku,mereka sambut dengan begitu meriah ku kira....begitu besar maknanya pada ku....hanya pada ku....malam itu,mereka 'menghilangkan' meja belajar ku....cadar katil ku dibiarkan tidak tegang....dan dimandikan cadar itu dengan bedak....sungguh aku rindu pada kenangan itu....ternyata kemarahan yang mereka pinta dari ku apabila berbuat demikian gagal ditunaikan,lantas mengecewakan mereka....bahkan,aku cuma tersenyum makna kepada mereka....

kini,semua itu tinggal kenangan...sungguh persahabatan yang dibina atas nama Nya dan keikhlasan itu sungguh mencemburui aku dan mereka....akan tetapi,walaupun cuma sebentar,ku dapat rasakan betapa mendalamnya kasih sayang yang terjalin antara kami.....sungguh,aku rindu akan memori itu.....

lagu ini ku dedikasi khas buat sahabat-sahabat ku yang sentiasa dalam ingatan ini , 




moga sahabat-sahabat ku sentiasa berada dalam limpah rahmat Nya walaupun jasad dan fizikal kamu berada di mana-mana....aku tahu walau tidak bersua muka,akan tetapi memori kita bersama tetap dalam ingatan dan doa ku sentiasa mengiringi kalian....

Allahuakbar terima kasih Ya Allah kerana Kau utus sahabat seperti mereka yang sentiasa mengiringi ku ke arah jalan yang diredhai Mu,sesungguhnya aku bersyukur Ya Allah,Alhamdulillah :')

nota cinta : " hargailah semua sahabat-sahabat anda , kenanglah mereka dalam doa mu "

7 comments:

محمد أمين بن أريس said...

mereka antara yang memahami kita... :')

nhdaughter said...

betul 2.... :')

akue said...

sahabat..untuk selamanya =)

Anonymous said...

#senyum sahaja yang ku mampu... # jazakillahukhairan. kenagan itu ,,,,memori itu,, waktu itu.. detik itu,, segalanya takkan kembali , tapi pasti kan tersemat^^ bidznillah,,sahabatfillah till jannah,,, ^^insyaALLAH

nhdaughter said...

@Akue | yup,betul 2...utk selamanya :')
@Mujahidah | insyaAllah,itu yg ku harapkan :')

ili afiqa said...

sahabat tu saling menguatkan :D thanks my sahabat @ cinggu !

nhdaughter said...

@ ili | welcome...syg sahabat2 ku semua :')